Baby Hello Kitty

Wednesday 7 October 2015

Tips Untuk Berjaya

Assalamualaikum dan hi!
Harini saya nak share pula tentang tips tips untuk berjaya dalam kehidupan.
Semua pasti nak berjaya kan? Siapa saja tidak mahu berjaya. Tapi nak berjaya kena ada usaha. Takdanya nak berjaya tapi usahanya tidak. Jom kita tengok macam mana nak berjaya!


TIPS UNTUK BERJAYA







1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila kita sudah mencapai matlamat maka teruslah capai matlamat yang baru yang lebih tinggi. Contohnya jika kita selalu dapat nombor tercorot di dalam kelas, letakkan harapan untuk menjadi 10 pelajar terbaik juga sudah memadai. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Letakkan harapan bahawa kita boleh menjadi sepertinya. Bahkan lebih bagus padanya. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan malu malu. Malu bertanya kan sesat jalan. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. 

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Jangan membandingkan diri kita dengan orang yang lebih lemah pada kita. "hmm.. aku dapat C dalam exam pun ok lah, pada dia tu Di. kira aku pandailah hahaha" Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya dan sering menjadi pelajar cemerlang.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif
Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:
"kenapa aku selau gagal?
"kenapalah aku tak pandai macam dia..?"
"nak jadi apalah aku camni.."
jangan mudah untuk bercakap sebegini sebaliknya cuba cabar diri untuk terus berusaha untuk  berjaya.Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.


Setakat itu sahaja perkongsian saya. Harap semua dapat ambil tips tips ni untuk berjaya ke hadapan. Don't give up! Saya yakin anda boleh!!! 

Monday 5 October 2015

Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan


Assalamualaikum!
Exam. emm dah ada persediaan? belum? ok nak share tips sikit untuk cemerlang dan persediaan menghadapi peperiksaan. Apa nak buat?

TIPS UNTUK CEMERLANG DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pertama, semak jadual. Menyemak jadual peperiksaan ni penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti kena buat mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. sebab apa? apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Kedua, kunci peperiksaanApakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

Ketiga, tentukan keutamaan. Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


Keempat, banyak mengingat dan membuat kaitan. Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

Akhir sekali, berdoa dan bertawakal. Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Goodluck kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan nanti! Teruskan usaha!